LEGAL

Istilah ‘conveyancing’ perlu di fahami terlebih dahulu untuk memahami dengan lebih lanjut kepentingan khidmat peguam hartanah dalam proses jual beli’.

Conveyancing’ merujuk kepada perkara berkaitan perpindahan hak milik tanah seperti dokumentasi dan pengurusan.

Peguam hartanah adalah individu yang skop kerjanya fokus dalam bidang hartanah serta mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

Kebiasaan pihak pembeli wajib melantik peguam kerana proses belian memerlukan khidmat nasihat peguam kerana ia melibatkan pejabat tanah, bank dan pemaju.

Pembeli rumah boleh dikatakan wajib untuk melantik peguam. Ini kerana proses belian yang rumit melibatkan pejabat tanah, bank dan pemaju.

Penjual mempunyai pilihan sama ada mereka ingin melantik peguam atau tidak. Sekiranya tidak, peguam pembeli akan membantu penjual dalam urusan seperti, pemfailan RPGT, pelepasan gadaian geran penjual dan pindah milik.

Peguam sangat penting dalam urusan jual beli hartanah kerana ia memastikan hak pembeli dan penjual hartanah seperti yang tertera dalam perjanjian jual beli (S&P) terjaga.

Antara Skop Servis Peguam Hartanah

  • Surat Perjanjian Jual Beli @ Sales Purchase Agreement (SPA / S&P)
  • Surat Perjanjian Pembiayaan / Pinjaman @ Loan Agreement
  • Urusan Pinjaman LPPSA untuk kakitangan kerajaan
  • Pindah Hakmilik (MOT)
  • Wasiat
  • Harta Pusaka

Pembeli rumah kebanyakkannya masih memerlukan nasihat guaman untuk memastikan proses pembelian berjalan lancar terutamanya jika anda membeli rumah subsale (secondary).

Walaubagaimanapun, khidmat peguam sebenarnya bukanlah kemestian bagi pembeli rumah di Malaysia. Ini adalah kerana hal-hal berkaitan ‘conveyancing’ telah dijelaskan dalam Kanun Tanah Negara 1965, Akta Setem 1949, Akta Pemajuan Perumahan 1966, Akta Hakmilik Strata 1985, Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 dan Akta Kontrak 1950.

Tetapi besar saranan kami untuk ada menggunakan khidmat peguam untuk hasil #100% jaminan profesional.

Menggunakan khidmat peguam di peringkat awal pembelian rumah memberikan kelebihan kepada anda dalam proses rundingan. Dalam hal berkaitan perpindahan hak milik tanah, setiap peguam terikat dengan Akta Profesion Undang-Undang 1974.

Sebaliknya, jika anda mendapatkan khidmat individu selain daripada peguam yang diiktiraf, mereka tidak terikat dengan apa-apa akta dan pertubuhan profesional.

Anda tidak perlu ragu-ragu kerana peguam juga menjamin perkhidmatan yang ditawarkan adalah secara profesional dari awal sehingga selesai proses jual beli.

Peguam hartanah juga harus mematuhi peraturan dan piawaian yang ditetapkan oleh Majlis Peguam iaitu badan yang menyelia peguam-peguam di Semenanjung Malaysia atau Pertubuhan Undang-Undang Sabah dan Persatuan Peguambela Sarawak bagi negeri Sabah dan Sarawak.

Oleh hal demikian, seseorang peguam bertanggungjawab ke atas pelanggan mereka dan sentiasa melindungi hak anda dalam apa juga situasi perundangan yang mungkin terjadi.

Selain itu, peguam anda memainkan peranan penting dalam memberi khidmat nasihat sekiranya berlaku sesuatu yang di luar jangkaan. Ini akan memberikan anda ruang untuk mebuat keputusan terbaik dalam mendapatkan jalan penyelesaian.

Khidmat Guaman Hartanah

Jika tuan puan ingin mendapatkan khidmat peguam hartanah yang berpengalaman tolong isi borang dibawah.