Pelukis Pelan Selangor Dan Kuala Lumpur (DBKL)

Servis Pelukis Pelan dan Ubahsuai Rumah

Servis Yang Kami Tawarkan

  • Permohonan permit pembinaan
  • Permohonan permit ubahsuai
  • Penyediaan lukisan teknikal
  • Menyediakan reka bentuk bangunan
  • Lukisan perunding dan spesifikasi
  • Servis ubahsuai rumah
  • Serta lain-lain tugas yang berkaitan ubahsuai dan bina rumah

Document Yang Diperlukan

Semakan dan syarat yang perlu dipatuhi mengikut jenis rumah yang ingin diubah suai bagi mendapatkan kelulusan untuk mengubah suai.

Pelan lakar dan pelan ubah suai seperti

  1. Salinan perjanjian jual beli rumah
  2. Salinan geran atau suratan hak milik
  3. Salinan sijil kelayakan menduduki (CF) atau Perakuan Siap dan Pematuhan (‘Certificate of Completion and Compliance’) (CCC)
  4. Salinan cukai pintu
  5. Gambar rumah kediaman sedia ada bahagian depan, tepi dan belakang
  6. Surat kebenaran atau tiada halangan daripada jiran

Semua ini diperlukan untuk pelukis pelan bawa bersama permohonan ke pejabat majlis/dewan bandaraya, majlis perbandaran dan/atau majlis daerah

Syarat Kelulusan

Sebarang kerja pembinaan untuk mengubah suai dan membuat binaan tambahan kepada struktur bangunan yang sedia ada perlu mendapatkan kelulusan secara bertulis daripada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu. Ini adalah berdasarkan

  • Akta 133 (Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974)
  • Akta 757 (Akta Pengurusan Strata 2013)

Ini juga termasuk kebenaran untuk meletakkan bahan-bahan binaan bangunan seperti tertakluk di bawah Seksyen 42(1) Akta 133.

Kediaman berstrata seperti flat, apartmen dan kondominium terikat dengan Akta 757 di mana lot petak hanya terhad kepada keluasan petak yang dibeli sahaja

Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya pemilik rumah mengubah suai dan membuat binaan tambahan kepada struktur bangunan asal tanpa kelulusan bertulis daripada PBT.

“PBT di sini merujuk kepada Majlis/Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan/atau Majlis Daerah bagi sesebuah bandar raya dan daerah.

Permohonan boleh dibuat pemilik rumah sendiri atau melantik wakil yang sah seperti konsultan atau arkitek yang akan membantu menguruskan permohonan kebenaran untuk mengubah suai bagi pihak pemilik rumah sehingga mendapat kelulusan daripada PBT yang berkenaan.

 


 

Anggaran Masa Dan Bayaran

Kos untuk mendapatkan kelulusan adalah tertakluk kepada keluasan tambahan atau ubah suai rumah.

Rata-rata anggaran rumah teres 2 tingkat adalah RM6 hingga RM9 ribu. Dan bangalow mencecah puluhan ribu ringgit Malaysia.

Bayaran perlu dibuat kepada majlis bandaraya atau majlis perbandaran .

Bayaran ini merangkumi

1) Bayaran yuran atau wang memproses pelan ubah suai rumah

2) Bayaran permit meletak bahan binaan yang ditetapkan PBT yang berkenaan;

4) Bayaran deposit pelan sebagai cagaran kepada pelan ubah suai rumah bagi memastikan kerja-kerja pembinaan pengubahsuaian atau tambahan adalah mengikut kelulusan dan garis panduan PBT yang berkenaan.

5) Bayaran deposit permit bahan binaan sebagai cagaran kepada kerja-kerja pembinaan pengubahsuaian atau tambahan dan tempat letak bahan binaan yang dibenarkan

6) PBT yang berkenaan berhampiran rumah yang diubah suai; dan

7) Bayaran deposit tong roro iaitu perkhidmatan sewa dan penggunaan tong sampah yang disediakan PBT yang berkenaan bagi membuang sisa bahan-bahan binaan ketika proses ubah suai dilakukan.

Denda Jika Renovate Rumah Tanpa Kelulusan

Kegagalan pemilik rumah mematuhi akta ditetapkan ini, mereka boleh dikenakan penalti atau denda berkali ganda oleh PBT.

Kadar penalti atau denda yang dikenakan adalah agak tinggi, sehingga ada PBT yang menetapkan kadar denda 10 kali ganda daripada bayaran wang proses permohonan kelulusan pelan ubah suai mengikut jenis rumah.

Pada masa sama binaan tambahan dan struktur binaan yang dibina boleh dirobohkan PBT kerana tiada kelulusan.

Isu keselamatan penduduk sekitar perlu diambil kira kerana tambahan rumah itu kelak mengganggu kerja-kerja menyelamat sekiranya berlaku sebarang malapetaka seperti kebakaran dan sebagainya.

Selain itu, pemilik rumah boleh disaman di mahkamah oleh PBT kerana kedegilan meneruskan dan melakukan kerja pembinaan pengubahsuaian tanpa kebenaran.

Malah, pihak ketiga seperti jiran tetangga juga boleh menyaman pemilik rumah di mahkamah kerana melakukan kerja pengubahsuaian ini tanpa kebenaran PBT dari segi keselesaan, keselamatan, struktur binaan rumah, sistem pengairan, lalu lintas dan lain-lain.

Yang paling mengecewakan ialah ubahsuai yang dilakukan tidak memberi nilai kepada hartanah tersebut.

Bank tidak mengiktiraf ubahsuai yang dilakukan maka harga hartanah tersebut adalah masih pada tahap tanpa ubahsuai.

Bayangkan ratusan ribu di habiskan untuk ubahsuai dan extend rumah. Tetapi tidak dapat jual pada harga tinggi kerana tiada documentation kelulusan PBT.

 

Proses Pelukis Plan

Berikut adalah proses dan prosedur kelulusan pelan rumah atau bangunan oleh majlis daerah :

1) Lakukan perbincangan dengan pihak Majlis (biasanya Bahagian Bangunan) untuk nyatakan hasrat anda
2) Buka fail kat Majlis berserta yuran
3) Sediakan pelan arkitek & pengesahan arkitek bertauliah
4) Sediakan pelan struktur & pengesahan jurutera bertauliah
5) Cover letter daripada arkitek atau jurutera bertauliah
6) Jelaskan bayaran caj perkhidmatan, fi kerja tanah, bayaran sumbangan perparitan dan papan tanda
7) Borang A lengkap diisi yang ditandatangan arkitek bertauliah
8) Borang JBG/KB1-85/A ditandatangan arkitek bertauliah
9) Salinan surat hakmilik
10) Resit cukai pintu terbaru
11) Resit cukai tanah terbaru
12) Lima salinan pelan atau lukisan seperti item 3 dan 4
13) Dan lain-lain dokumen yang berkaitan

Prosedur atau proses kelulusan pelan bangunan diatas adalah secara umum sahaja dan ia bergantung sepenuhnya kepada majlis daerah/perbandaran di tempat anda. Ia juga tertakluk kepada akta dan perundangan. Tempoh masa kelulusan ini bergantung kepada kecekapan pegawai yang memproses dokumen di PBT berkenaan.

Bagi anda yang tiada masa dan kepakaran, anda boleh menggunakan khidmat perunding arkitek atau perunding jurutera bagi menguruskan submission plan ini dari peringkat awal sehinggalah mendapat CF atau CCC. Sejumlah fee akan dikenakan untuk khidmat perundingan syarikat berkenaan.

 

 

Nak dapatkan kelulusan permit pembinaan?

Klik sini untuk keseluruhan Majlis di Selangor 

  1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
  2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  3. Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
  4. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
  5. Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
  6. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
  7. Majlis Perbandaran Klang (MPK)
  8. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)
  9. Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
  10. Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)
  11. Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)
  12. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)