Assalamualaikum..

Kepakaran kami membina rumah yang berkualiti pada harga mampu milik.

Kami kontraktor rumah di Selangor dan boleh buat rumah seluruh Semenanjung Malaysia.

Dalam artikel ini, kami kongsikan proses untuk bina rumah supaya Tuan Puan mudah untuk buat rujukan.

Artikel bina rumah yang kami kongsikan amat panjang.

Oleh itu kami bahagikan kepada 6 bahagian untuk mudahkan bacaaan.

Setiap bahagian akan menceritakan detail proses yang terlibat.

Di harap pengkongsian ini bermanfaat dan dapat bantu ramai orang bina rumah idaman.

Dan seterusnya memudahkan urusan anda untuk membina rumah idaman.  

Kami doakan anda dan keluarga beroleh barakah dalam rumah idaman yang dihuni. InshaAllah.

Salam Hormat,

MKK Bina Rumah – Like page FB kami untuk update terkini DISINI 🙂

#BMF #BMBF

*Artikel ini akan di kemaskini dari semasa ke semasa. 

Bahagian 1: 5 Langkah Mudah Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Yang Perlu Anda Tahu

Bahagian 2: Apa Perkara Penting Saya Perlu Tahu Untuk Bina Rumah

Bahagian 3: Kos Untuk Bina Rumah Sendiri

Bahagian 4: Contoh Specifikasi Standard Bina Rumah

Bahagian 5: 7 Tips Dan Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Tanpa Kontraktor

Bahagian 6: Bonus Bonus Bonus – Cara Mudah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

5 LANGKAH MUDAH BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Langkah 1.

Sediakan pelan rumah berupa pelan lantai, 3D dan detail lengkap untuk dihantar ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memohon kelulusan bina rumah. Ada ramai pelukis pelan bertauliah yang ada menyediakan pelan rumah. Di sinilah apa sahaja design yang anda inginkan boleh di bincangkan dengan pelukis pelan untuk di masukkan dalam drawing.

Langkah 2.

Pohon kelulusan Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Untuk permohonan ini pastikan anda dah siap sedia dengan pelan rumah yang lengkap seperti Langkah 1 tadi.

Langkah 3.

Seterusnya, pastikan anda mempunyai pembiayaan yang cukup. AWAS! Pastikan juga sediakan 15% extra kerana pada kebiasaannya kos akan meningkat sebab pelan rumah dah berubah di saat pembinaan tapak. Tetapi jika anda yang jenis tetap pendirian, maka tiada perubahan harga sebab tiada perubahan design. 🙂 

Ada 3 jenis pembiayaan perumahan yang cukup popular di Malaysia.
a. Cash (Duit pencen atau memang banyak duit)
b. Pinjaman bank swasta
c. Pinjaman perumahan kerajaan

Langkah 4.

Pilih kontraktor yang berpengalaman dan punyai record kerja yang bagus. Seeloknya buat lawatan tapak ke contoh kerja mereka dan tahu latar belakang mereka. Fokus kepada hasil kerja mereka untuk hasil yang terbaik. Dah siap lantik kontraktor? Jom bina rumah idaman anda hari ini.

Langkah 5.

Dapatkan kelulusan Certificate of Fitness atau lebih popular sebagai CF. CF dikeluarkan oleh Akitek dengan pengesahan selamat oleh semua pihak yang terlibat dalam pembinaan rumah. Engineer, pihak utility, dan BOMBA pun terlibat tau. Tujuan CF ini untuk memastikan rumah anda selamat untuk di diami dan bonus apabila rumah ada CF ianya mudah untuk di jual pada masa akan datang. Itu pun jika perlu.

Tuan Tanah: Hm..

Tuan Tanah: Panjang juga proses ini. .

Tuan Tanah: Ada yang lebih mudah tak Tuan?

MKK Rekabina: Ada Tuan..

MKK Rekabina: Kontraktor yang handal biasanya akan siapkan semua proses di atas. Ini namanya One Stop Centre Contraktor. Mereka akan bantu anda untuk sediakan pelan, memohon kelulusan PBT, bina rumah sampai siap dan dapat kelulusan CF. Cuma di bahagian 3 sahaja anda kena buat sendiri. Kalau cash boleh proceed dengan bina rumah, tapi kalau pinjaman hanya panduan diberikan.

“TAPI..

KAMI NAK CARI 10 ORANG SAHAJA SEBULAN UNTUK DAPATKAN SPECIAL CONSULTATION BINA RUMAH ATAS RUMAH SENDIRI INI”

Ambil peluang untuk bina rumah idaman anda hari ini. Tolong isi borang di bawah segera!

Isi Borang Bina Rumah Ini

Isi Borang Bina Rumah Banglo Ini

Lanjutkan bacaan bina rumah atas tanah sendiri di SINI

Lanjutkan bacaan bina rumah atas tanah sendiri di SINI

 

 

 

Lain-lain service binaan